Laiman pemuda dari Sabah menuntut ilmu untuk mendapatkan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan. Dia dihantar ke syarikat Shell di Sarawak untuk menjalani latihan. Dia memang berkeupayaan untuk maju dalam bidang yang dipelajarinya. Dalam latihan, Laiman bekerja sungguh-sungguh, tetapi impiannya lain daripada itu. Di tempat latihan itu, Laiman akrab dengan gadis yang bernama Soniah, yang juga masih belajar. Hal ini menimbulkan rasa cemburu kawannya yang bernama Muluk. Soniah merasakan ada sesuatu yang tidak kena antara Laiman dan Muluk, tetapi dia menyembunyikannya. Soniah pernah tersilap menyebut nama Muluk. Apabila ditanya oleh Laiman, Soniah tidak mahu bercerita apa-apa tentang Muluk.
Ke Kuching. Pengurus syarikat sendiri pun mengesyaki Laiman. Walau bagaimanapun, setelah mendapat keterangan daripada Laiman, pengurus syarikat percaya bahawa Laiman tidak bersalah. Setelah tamat belajar, Laiman balik ke kampungnya. Bagi Laiman, ijazah yang diperolehnya bukanlah tiket untuk dia mencari pekerjaan bergaji tetap. Dia memikirkan projek yang sentiasa ada dalam fikirannya sejak dahulu. Apabila mendapat tawaran untuk bekerja di jabatan pertanian, Laiman menolaknya.
Kredit: Sasbadi
Kurang tepat :).
BalasPadamMaaf, sumber daripada naskhah percuma nota bestari drpd Sasbadi, bukan ckg yg tulis sendiri...
Padam