Latihan Morfologi 9: Kata Kerja Transitif & Kata Kerja Tak Transitif (Tatabahasa SPM KSSM)

Cikgu Muzz
By -
0
 


Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif aktif, dua kata kerja transitif pasif dan dua kata kerja tak transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
 
Seorang lelaki ditemui mati terbaring di tepi rumahnya pagi tadi dengan seluruh badannya rentung dipercayai terkena renjatan pagar elektrik yang dibuatnya di keliling kebun bersebelahan rumahnya itu. Mayat mangsa, yang dipercayai mati sejak tiga hari lalu ditemui jirannya kira-kira jam 8 pagi dengan keadaan masih berasap dan dawai elektrik terbelit di kakinya.  Saksi berkata, dia yang mahu keluar menoreh getah pagi tadi, terhidu bau busuk datang dari rumah mangsa di Kampung Star Baru, dekat sini, dan terus ke rumah itu untuk mencari jirannya.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Maut Terkena Renjatan Pagar Elektrik’ oleh
Ramli Ibrahim, Berita Harian)

[12 markah]
 >>> Jawapan

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!