Latihan Morfologi 10: Kata Bantu (Tatabahasa SPM KSSM)

Cikgu Muzz
By -
0
 


Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata bantu. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
 
Memakai pelitup muka yang pernah menjadi kelaziman sejak setahun lalu kini tidak lagi menjadi perkara wajib, taman awam telah dibuka semula kepada pengunjung, orang ramai boleh menjamu selera di restoran dan pelajar dapat kembali ke sekolah, beginilah gambaran kehidupan di Hungary hari ini, tatkala banyak negara lain sedang mengenakan sekatan pergerakan dan rakyat masih hidup dalam norma baharu. Suasana itu disaksikan sendiri penuntut Malaysia apabila rakyat Hungary beransur-ansur meninggalkan amalan norma baharu yang dicetuskan wabak COVID-19 dan kembali kepada kehidupan pascapandemik, lantaran kejayaan program vaksinasi.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rakyat Malaysia Kembali
Hidup Normal Selepas Kejayaan Vaksinasi Hungary’, Berita Harian)

[8 markah]

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!