Resensi Novel My Sexy Dahlia Karya Mum Linz

Cikgu Muzz
By -
0
 

Judul: My Sexy Dahlia
Penerbit: Linz Novel
Penulis: Mum Linz
Tahun: April 2021
Bilangan Halaman: 384 muka surat
 
Sinopsis:
Dahlia Dalili kejelitaannya menjadi umpan untuk menundukkan lelaki buaya darat. Botak, buncit, gemuk? Dahlia tidak kisah, asalkan poketnya tebal. Saat seorang Tan Sri hampir dijerat, nasib malang menimpa apabila dirinya sendiri pula yang terjerat. Malaang baginya, apabila Dahlia menjadi ‘lauk’ kepada Dariz Fayyadh, iaitu anak kepada si Tan Sri yang ingin dikikisnya! Dariz menikahi Dahlia demi dendam. Dahlis terdorong dalam penderaan mental yang tidak diundang. Kisah silam bapa saudara yang kejam, tanah dan rumah pusaka yang bakal hilang, dan terjerat dalam snagkar mewah bersama seorang suami yang tidak didambakan hati sebalinya sekadar batang tubuh yang dicari; semua ini membuatkan seorang Dahlia Dalili hilang dari radar. Saat Dahlia muncul semuala, segalanya tidak sama! Apakah nasib seorang Dahlia Dalili, My Sexy Dahlia menyingkap kisah perjalanan hidupnya.
 
Keterangan Penulis:
My Sexy Dahlia merupakan buah tangan kesepuluh penulis yang menggunakan nama pena Mum Linz. Novel ini diterbitkan di bawah jenama penerbitan beliau sendiri, iaitu Linz Novel.
 
Ulasan:
Sebagaimana, seksinya tajuk dengan kulit hadapan memaparkan sosok tibuh seorang gadis, maka begitulah andaian akal tentang garapan ceritanya. Namun, pemilihan ayat dan adunan babak yang mengungkapkan hubungan seorang lelaki dan perempuan masih dalam kategori sederhana, tidak melampau batas sehingga mengundang rasa tidak enak ketika membaca naskhah ini. Moral ceritanya adalah semua orang tidak lepas daripada membuat kesilapana, dan sebaik-baik manusia adalah individu yang sedar akan khilaf dan menginsafi setiap dosa yang dilakukan. Bagi yang inginkan bacaan santai dan ringan, My Sexy Dahlia boleh menjadi jamuan mata dan minda anda.
 
Kesimpulan:
★★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!