CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM
KSSM: KOKURIKULUM
Fokus 1: Manfaat Aktiviti
Kokurikulum
Melengkapkan keterampilan fizikal, emosi dan sahsiah
murid
Mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat
Menjadikan murid lebih bertanggungjawab
Daya kepimpinan murid dapat dipupuk
Berupaya berinteraksi dengan baik
Fokus 2: Punca Aktiviti
Kokurikulum Kurang Mendapat Sambutan
Akademik lebih diutamakan
Tidak mendapat sokongan daripada keluarga
Prasarana yang tidak mencukupi
Memenatkan badan
JAWAPAN LENGKAP
Rumusan membincangkan manfaat aktiviti kokurikulum dan
punca yang menyebabkan aktiviti kokurikulum kurang mendapat sambutan.
Salah satu manfaat aktiviti kokurikulum ialah melengkapkan
keterampilan fizikal, emosi dan sahsiah murid. Selain itu, mengisi masa lapang
dengan aktiviti bermanfaat dan menjadikan murid lebih bertanggungjawab. Di samping
itu, daya kepimpinan murid dapat dipupuk dan berupaya berinteraksi dengan baik.
Punca aktiviti kokurikulum kurang mendapat sambutan
ialah akademik lebih diutamakan, tidak mendapat sokongan daripada keluarga dan
prasarana yang tidak mencukupi.
Kesimpulannya, murid perlulah mengambil bahagian dalam
aktiviti kokurikulum agar dapat mengembangkan bakat dalam diri dengan lebih
baik.