Musim peperiksaan percubaan SPM menjelang lagi. Jika dahulu kebanyakan negeri bersandarkan soalan percubaan SPM yang digubal oleh panel Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), namun sejak setahun dua ini beberapa negeri telahpun mengarahkan sekolah masing-masing untuk menggubal soalan percubaan SPM sendiri. Hal ini bertujuan supaya peperiksaan percubaan SPM ini lebih realistik mengikut tahap kognitif murid di sekolah masing-masing.
Dalam perkongsian ini cikgu kongsikan kertas modul prapercubaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1). Soalan-soalan yang dikumpulkan dalam kertas soalan ini merupakan sumbangan daripada guru-guru subjek Bahasa Melayu di negeri Pulau Pinang. Mohon kunjungi channel telegram https://t.me/bahanbmkssm untuk perkongsian soalan versi PDF dan jawapan bagi soalan ini apabila cikgu lapang nanti.