Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Anekdot: Sekilo Gula Selipar Biru

 

Latifah: Abang, kejap lagi nak keluar kan? Belikan gula 2 kilo, ya.
Sulaiman: Nak 2 kilo saja ke?
Latifah: Ya, 2 kilogram. Cukuplah tu. Abang tu kencing manis. Takkan nak potong kaki.
Sulaiman: Hurmmm...
 
Sulaiman pulang ke rumah dengan tangan kosong.
 
Latifah: Mana gulanya?
Sulaiman: Tak beli.
Latifah: Lah, gula pun sama habis tak ada stok macam ayam ke?
Sulaiman: Taklah, ada saja gula dekat kedai tadi.
Latifah: Dah tu kenapa tak beli?
Sulaiman: Tipah kan minta gula 2 kilo. Yang ada semua sekilo saja. Buat apa nak beli.
Latifah: Allahuakbar! Kalau dah ada tu yang sekilo, beli dua paket lah abang hoooiiii! 1 kilo campur 1 kilo tak ke 2 kilo dapatnya! Tak guna otak betul!
Sulaiman: (Betul salah aku ke ni? Bukan! Salah kilang tak packing sekali jadi 2 kilo. Huh!)
 
Esoknya...
 
Latifah: Abang, selipar Jepun Tipah putus. Tolong beli, warna biru; saiz 8.
Sulaiman: Hurmmm...
Latifah: Aik, itu je jawabnya
Sulaiman: Ya, lah. Nanti cakap banyak kena marah lagi.
 
Sulaiman pulang ke rumah dengan selipar berwarna biru.
 
Latifah: Mana seliparnya, bang? Beli tak?
Sulaiman: Gila tak beli. Mestilah beli. Abang peli pakai otak lagi!
 
Selipar bertukar tangan.
 
Latifah: Astaga! Orang minta saiz 8, yang beli saiz kaki 4, dah kenapa?
Sulaiman: Selipar tu kan sepasang ada dua; 4+4 kan ke dapat 8!


Post a Comment

0 Comments