Ramai dalam kalangan kita gemar menulis
cerita. Sama ada kita menulis sekadar suka-suka atau kita menulis untuk
diterbitkan. Apa-apapun juga tujuannya adalah molek jika kita menulis
menggunakan tatacara yang betul dan tepat; apatah lagi sekiranya penulisan itu
bertujuan untuk diterbitkan; tak adalah pusing kepala editor untuk dibetulkan
setiap kesalahan yang ada dalam penulisan kita.
Dalam perkongsian kali ini, suka saya hendak kongsikan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh penulis apabila menggunakan tanda baca ketika menulis dialog. Ilmu ini saya peroleh menerusi pembacaan, mengikuti bengkel menulis dan daripada pengalaman menulis daripada beberapa rumah penerbitan.
Jom, kita semak beberapa kesalahan lazim dalam penggunaan tanda baca dan penulisan dialog.
Penggunaan tanda baca ... ditulis untuk menggambarkan adanya jeda dalam pertuturan. Hanya perlu ada tiga (...) titik sahaja. Titik ini mestilah dirapatkan dengan perkataan sebelumnya.
Contoh salah:
“Damai sungguh suasana di sini....”
“Awak..... saya suka awak!”
“Damai sungguh suasana di sini....”
“Awak..... saya suka awak!”
Contoh betul:
“Damai sungguh suasana di sini...”
“Awak... saya suka awak!”
Tanda petik berkembar (“ ”) digunakan dalam dialog. Tanda petik
mestilah rapat dengan perkataan atau tanda baca, bukannya dijarakkan. Tanda
petik wajib ada pada permulaan ayat dan pengakhiran ayat.
Contoh salah:
“Saya akan hadir esok”, ujar Elina.
“ Saya akan hadir esok , ” ujar Elina. (tidak rapat)
“Bukan aku yang ambil! ” ujar Elina. (tidak rapat)
“Saya akan hadir esok”, ujar Elina.
“ Saya akan hadir esok , ” ujar Elina. (tidak rapat)
“Bukan aku yang ambil! ” ujar Elina. (tidak rapat)
Contoh betul:
“Saya akan hadir esok,” ujar Elina.
“Bukan aku yang ambil!” ujar Elina.
Tanda petik tunggal (‘ ’) digunakan dalam monolog dan monolog
dalaman. Tanda petik mestilah rapat dengan perkataan atau tanda baca, bukannya
dijarakkan. Tanda petik wajib ada pada permulaan ayat dan pengakhiran ayat.
Contoh betul:
‘Tentu dia yang curi gelang itu,’ fikir Abil dalam hatinya.
Penggunaan dialog mestilah dihadkan satu dialog bagi satu watak dalam sebuah perenggan.
Contoh salah:
Awak sudah hantar latihan?” soal Eshaal kepada Astrid. “Belum,” jawab Astrid sambil menggeleng kepala.
Awak sudah hantar latihan?” soal Eshaal kepada Astrid. “Belum,” jawab Astrid sambil menggeleng kepala.
Contoh betul:
“Awak sudah hantar latihan?” soal Eshaal kepada Astrid.
“Belum,” jawab Astrid sambil menggeleng kepala.
Sekiranya dialog yang ditulis
merupakan pertuturan daripada watak yang sama, maka hendaklah ditulis dalam
satu perenggan yang sama.
Contoh salah:
“Pukul berapa Encik Chen masuk pejabat?”
“Adnan dengar tak? Pukul berapa Encik Chen masuk pejabat?”
“Pukul berapa Encik Chen masuk pejabat?”
“Adnan dengar tak? Pukul berapa Encik Chen masuk pejabat?”
Contoh betul:
“Pukul berapa Encik Chen masuk pejabat?” soal Abil kepada Adnan. “Adnan dengar tak? Pukul berapa Encik Chen masuk pejabat?”
Penggunaan huruf kecil atau huruf
besar sesudah dialog dalam ayat bergantung sama ada ditulis satu ayat atau dua
ayat.
Contoh betul:
“Apa awak mahu?” soal Elina. (satu ayat)
“Saya rasa...” Dia ragu-ragu untuk memberitahu Elina. (dua ayat)
Jika dialog yang dituturkan melibatkan dua orang sahaja maka tak perlu letak penutur pada hujung dialog.
Contoh kurang baik:
“Aku nak beritahu Adnan. Kau nak ikut?” tanya Abil.
“Tak naklah. Aku tak nak campur urusan ni!” jawab Amara.
“Mana boleh macam tu. Eshaal fitnah Adnan. Takkan kita nak diam,” balas Abil.
Contoh betul:
“Ammara, aku nak beritahu Adnan. Kau nak ikut?”
“Tak naklah, Abil. Aku tak nak campur urusan ni!”
“Mana boleh macam tu. Eshaal fitnah Adnan. Takkan kita nak diam,”
Italik digunakan bagi perkataan yang tidak wujud dalam bahasa Melayu. Italik juga boleh digunakan untuk monolog dan dialog dalam dialog.
Contoh betul:
Dah lama aku suka dekat dia. Tapi, kenapa dia tak layan aku? Ashraff berfikir.
Gunakan noktah pada hujung ayat dalam dialog. Tanda koma digunakan dalam dialog pada hujung dialog sekiranya ayat itu bersambung.
Contoh betul:
“Ini wang siapa?” Tanya Eshaal kepada Astrid.
“Saya tidak tahu.” Jawab Astrid selamba.
“Saya tidak ambil tahu,” terang Elina dengan nada datar.
“Bukan wang saya,” jelas Aryan.
Penggunaan dialog terpisah yang kedua-duanya menggunakan tanda koma hanya boleh digunakan dalam ayat tunggal.
Contoh betul:
“Siapa,” Amara menoleh, “Cila?”
“Kalau turutkan hati aku,” kata Omar, “aku cincang dia sampai lumat.”