Dalam tulisan kali ini, cikgu akan
kongsikan peribahasa yang mempunyai kaitan dengan hubungan kekeluargaan. Peribahasa
ini disertakan juga dengan maksudnya supaya boleh dijadikan rujukan dan panduan
oleh para murid dan pelajar yang datang ke blog ini. Semoga perkongsian ini
membantu anda.
Kongsi link artikel ini jika anda
rasa perkongsian ini bermanfaat.
- Air dicencang tak akan putus > perselisihan antara ahli keluarga akhirnya akan berbaik kembali.
- Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng > kaum keluarga sendiri dilebihkan berbanding orang asing.
- Bagai isi dengan kuku > hubungan yang sangat rapat.
- Bagai menatang minyak yang penuh > menjaga seseorang anak dengan penuh cermat.
- Bagaimana acuan begitulah kuihnya > anak akan mengikut sikap ibu bapa.
- Bapa borek anak rintik > seorang anak akan menyerupai bapanya dari segi sikap.
- Bau-bau bacang > pertalian keluarga yang jauh.
- Berkemudi di haluan, bergilir di buritan > menurut cakap isteri atau anak.
- Carik-cari bulu ayam, lama-lama bercantum juga > perselisihan antara ahli keluarga akhirnya akan berbaik kembali.
- Cubit paha kanan, paha kiri merasa juga > setiap kesusahan yang dialami oleh seseorang akan dirasai juga ahli keluarganya.
- Degar-degar merapati > perselisihan antara ahli keluarga atau suami isteri yang semakin merapatkan perhubungan.
- Gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga > perselisihan faham kadang kala akan berlaku juga antara ahli keluarga.
- Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun > lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri.
- Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan > lebih utamakan orang lain daripada ahli keluarga sendiri.
- Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi > anak-anak yang mengikut perangai ibu bapa.
- Lepas bantal berganti tikar > kahwin dengan saudara atau ahli keluarga isteri yang sudah meninggal.
- Melentur buluh biarlah daripada rebungnya > mendidik anak biarlah dari kecil.
- Memepas dalam belanga > mencari keuntungan dalam kalangan ahli keluarga sendiri.
- Mencabik baju di dada > menceritakan aib keluarga sendiri.
- Melentur dahan dek meluyut buahnya > kesusahan keluarga disebabkan anak yang ramai.
- Mencabut dari limbahan > menutup malu salah seorang ahli keluarga yang sedia buruk namanya.
- Mencukur kepala > perbuatan yang memalukan ahli keluarga.
- Mengharapkan bedil pulang > mencelakakan keluarga sendiri.
- Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk > kaum keluarga itu meskipun sudah berjauhan tetapi perhubungan itu tetap ada.
- Padi setangkai bernas semuanya > keluarga yang hidupnya beruntung dan berbahagia.
- Pisang masak separak > keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.
- Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper > kerana sayang akan seorang sahaja, disia-siakan ahli keluarga yang banyak.
- Senduk dengan belanga lagi berlaga > suami isteri atau ahli keluarga yang kadang-kadang berselisihan faham.
- Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah > pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan.
- Upah bidan pun tak berbayar > anak-anak yang nakal atau menyusahkan ibu bapa.

