Resensi Novel Lily, His Forbidden Love Karya Cik Bawang
oleh -Cikgu Muzz
Oktober 13, 2025
1
Judul: Lily, His Forbidden Love Penulis: Cik Bawang Penerbit: RC Publication Tahun: Julai 2025 Bilangan
Halaman: 549
muka surat Intro: Kelakar pula rasa
bila imbas balik macam mana tahu kewujudan novel ni. Yalah, novel Lily, His
Forbidden Love ni sambungan daripada novel hadiah khas kepada pembaca iaitu
Iskandar, His Bastard Fiancee. Ingatkan lambat lagilah novel Lily ni nak keluar
sementelah novel Fahim yang dijangka siap Julai pun sampai Oktober tak nampak
bayang. Dah tu update daripada Cik Bawang langsung tak nampak di FB. Seller di
FB yang selalu biasa naik promo pun tak nampak bayang seketul Lily under RC
Publications ni. Sampailah kebetulan ada update daripada seorang seller yang
mesej di WhatsApp tentang situasi terkini Fahim, lepas tu dalam gambar nampak
cover Lily kulit hitam. Bila tanya dekat seller, katanya limited edition, spread
edges version. Kita ni memang taklah nak beli spread edges yang melambung harga
tu; tak kuasa. Nak pendek cerita, pergilah Shopee saja taip Lily karya Cik
Bawang, nah dah ada soft cover terjual pun. Ketinggalan bas pula kita. Terus
beli dekat seller yang dapat harga paling murah. Dah sampai terus baca, sebab
takut lama peram habis lupa apa yang dibaca dalam novel Iskandar hari tu... Ulasan: Novel ini tebal
juga ya. Nak pula kertas yang digunakan craft paper yang berwarna coklat tu,
jadi ketebalannya nampak lagi tebal, yang best-nya ringan. Senang nak pegang
bila baca. Yang tak best-nya kertas jenis ni cepat rosak, jadi tompok kuning
kalau terdedah kepada cahaya, tutup simpan elok pun lama-lama jadi juga. Hurmmm...
Bila dapat tebal macam ni, ada terfikir sama ada jika ada kemungkinan babak
dalam novel Iskandar dulu akan ada flashback. Nah, memang betul jangkaan. So,
part-part tu semua kita scan read saja. Satu yang masih
mengikat dengan karya Cik Bawang ini adalah sebagai pembaca kita boleh get
along dengan storyline dia. Dalam Lily ni ada bahagian rasa laju baca tetapi
kebanyakan part tu rasa macam slow-nya rasa. Nak reveal rahsia yang tersimpan
kemas ambil masa yang agak lama. Perang emosi oleh Iskandar juga macam tantrum.
Sekejap elok sekejap tak elok. Jadi kita yang membaca pun boleh jadi angin satu
badan. Nak pula ada dialog-dialog selamba oleh Iskandar yang agak menyakitkan
hati. Untuk Lily...
Entahlah, aura Lily sebelum bertemu Iskandar dekat LIMA dalam novel percuma
Iskandar, Her Bastard Fiancee tu macam dah mati. Minah ni jadi lembik, hamba
cinta, terhegeh-hegeh dengan orang yang tak sudi, sanggup pula ketepikan
kerjaya, boleh lagi jadi ‘hamba’! Oh, please! Kau ada rupa, ada harta, ada
keluarga kaya lagi perfect, siap keturunan Tengku, patutnya move on! Rasa
meluat pula nak hadap watak utama perempuan yang lembik macam ni. Hahahaha... Jangan salah
faham. Bila kita meluat dan menyampah dengan watak; perasaan itu ditujukan
kepada watak saja, bukannya penulis. Dan setiap pembaca pula cara interpretasi
watak itu berbeza-beza. Yang jenis penyedih mungkin akan hanyut dengan Lily
dalam lautan rasa. Cuma sebagai pembaca yang melihat Lily itu terlalu sempurna
tak berbaloi pula dipersiakan untuk seorang Iskandar. Geram dengan Lily yang
jadi pemaaf dan terima balik Iskandar tak habis lagi ni. Mujur bukan kita yang
tulis, kalau tak jadi juga si Lily bertukar jadi penyondol Mejar Akmal...
Hahahahah! Last but not
least, Iskandar yag terlalu protected dengan mummy dia tapi masih benarkan
makngah yang perangai tak seberapa tinggal di rumah tu? Hurmmmm, macam tak
dapat nak boleh proses bab tu sebab kerjaya Iskandar sendiri jarang ada di
rumah sebab dia bertugas di Penang. Apapun kudos kepada penulis tak adalah bab
18SX dalam novel ni walaupun Lily tu obses dengan iskandar sampai jadi hamba
cinta. Novel ni agak
mahal. Kalau ikut harga buku RM43. Mahal mungkin sebab ada ilustrasi berwarna
dekat dalam rasanya, tak pastilah betul atau tak teori ni. Entahlah, untuk
orang yang nak baca content saja rasa macam cetakan biasa ni tak perlu kut
ekstra benda macam ni sampai boleh naikkan kos; lainlah kalau special
edition.Bahagian blurb kulit belakang
dia macam senget cetakannya, sikit saja, tapi sakit pula mata tengok.Dan tak minat cover depan sebab rasa serabut.
Ok, takat tu sajalah kot... Adios. Kesimpulan:
AHAHAH lawaklah cara cikgu review
BalasPadam