Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Ulasan PT3] Punca Kemalangan Jalan Raya

BAHAGIAN C
(15 Markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


          Terdapat beberapa punca kemalangan jalan raya seperti memandu melebihi had laju. Seseorang individu yang memandu melebihi had laju berisiko gagal mengawal kenderaan apabila berhadapan situasi tidak terjangka misalnya ketika mengelak kenderaan yang rosak. Selain itu, kemalangan juga berlaku apabila pemandu menggunakan telefon bimbit ketika membawa kenderaan. Hal ini disebabkan pemandu tidak memberikan tumpuan seratus-peratus atas pemanduannya. Berikutnya, kelalaian penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar sering membawa padah ketika kemalangan apabila penunggang motosikal berhadapan risiko maut tatkala berlakunya hentakan pada bahagian kepala. Tegasnya, kemalangan berlaku kerana kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.

Post a Comment

19 Comments

  1. Kenderaan tidak diselenggara tak de ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 黑白萤仙April 15, 2020

      Ya lo tak de lah

      Delete
    2. Di samping itu, kenderaan yang tidak diselenggara juga boleh menjadi punca kemalangan jalan raya. Misalnya, tayar kenderaan yang sudah haus dan tidak ditukar boleh menyebabkan kurang cengkaman tayar pada permukaan jalan sekali gus meningkatkan potensi untuk kenderaan terbabas terutamanya ketika cuaca buruk

      Delete
  2. Cikgu mcm mana nk buat karangan kemalangan ....sebab cikgu Saya buat mcm ni.....pemandu..kenderaan..cuaca..halangan mcm mana no gambung kan dalam 80 patah perkataan dengan yang Saya bagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk contoh karangan pendek tentang kemalangan jalan raya saya sudah kongsikan.

      Delete
  3. Tqsm 💜

    ReplyDelete